PETA ORIENTEERING

Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.

Kandungan peta orienteering

  • Tajuk peta
  • Arah Utara
  • Skala 
  • Petunjuk peta
  • Garisan melaras Utara-Selatan
  • Kredit seperti kerjaukur, penaja, kartografi dan tarikh cetakan.
Warna-warna dalam peta

Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF iaitu:

  • Hitam - ciri-ciri buatan manusia
  • Perang - kontor dan jalanraya
  • Kuning - keadaan tumbuhan ; lapang dan terbuka
  • Hijau - keadaan tumbuhan ; berjalan atau redah
  • Putih - keadaan tumbuhan ; berpokok atau boleh berlari
  • Biru - kawasan berair




Disclaimer : Blog ini tujuan untuk pendidikan sahaja. Jika terdapat info yang salah, sila nyatakan di bawah.


Comments