PENGENALAN ORIENTEERING

Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.



Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (treasure-hunt).

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di Malaysia, hanya kaedah Foot-o yang mudah untuk dilakukan. Antara lapangan yang diadakan ialah :
  • Orienteering Merentas Desa
  • Orienteering Jalanraya
  • Orienteering Bukit
  • Orienteering Hutan
  • Orienteering Bandar


Disclaimer : Blog ini tujuan untuk pendidikan sahaja. Jika terdapat info yang salah, sila nyatakan di bawah.



Comments