KOMPAS ORIENTEERING

Kompas merupakan alat yang kedua penting yang digunakan dalam sukan orienteering selain dari peta. Jenis kompas yang digunakan untuk orienteering ialah campuran kompas dengan pengukur jangka sudut. Kompas jenis ini mengandungi satu kapsul yang diisi cecair dan dipasang dengan plat tapak dan boleh digunakan untuk mengukur sudut serta jarak jauh. Di dalam kapsul ialah satu jarum magnetik.

Apabila menggunakan kompas, kesilapan antara 5 darjah adalah dibenarkan, kerana ia bukan senang untuk mendapatkan ketepatan seratus peratus.

Kegunaan kompas

  • Menentukan arah perjalanan
  • Menyelaraskan peta
  • Mengira jarak jauh
  • Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)
  • Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta).
Anatomi kompas orienteering




Disclaimer : Blog ini tujuan untuk pendidikan sahaja. Jika terdapat info yang salah, sila nyatakan di bawah.

Comments