CARA PENGGUNAAN KOMPAS

 1. Pastikan kompas dipegang atau diletakkan atas tempat yang rata. Pastikan kompas tidak menyenget.
     
  
2.  Kita harus mencari arah Utara dahulu. Untuk itu, pusingkan dial kompas sehingga tanda N di dial tersebut selari dengan anak panah hala tuju.



3.  Seterusnya, halakan kompas sehingga jarum kompas berwarna merah berada di dalam rumah Utara dengan menggerakkan kompas atau badan anda.


   Dengan ini, anda telah menghadap arah Utara.

4. Seterusnya, untuk mencari arah bearing 60° . Pusingkan dial kompas sehingga tanda 60° berada selari dengan anak panah hala tuju.



5. Akhir sekali, halakan kompas sehingga jarum kompas berwarna merah berada di dalam rumah Utara dengan menggerakkan kompas atau badan anda.


Maka, anda telah menghadap arah 60° dari arah Utara.


Disclaimer : Blog ini tujuan untuk pendidikan sahaja. Jika terdapat info yang salah, sila nyatakan di bawah.



Comments