ALATAN DAN TERMINOLOGI

Titik Kawalan

Titik kawalan merupakan suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta. Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.

Penanda Kawalan

Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di titik kawalan. Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul. Setiap penanda kawalan mempunyai kod yang unik yang terdiri dalam bentuk nombor atau huruf atau kombinasi huruf dan nombor.


Di setiap penanda kawalan, sebuah penebuk telah disediakan untuk digunakan oleh peserta untuk menebuk kad kawalan mereka.

Kad Kawalan

Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan. Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.



Peta Utama

Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan.

Kompas

Kompas merupakan alat yang terpenting selepas peta. Ia digunakan untuk menentukan arah.

Keterangan Kawalan

Keterangan kawalan ialah Keterangan asas sebagai panduan titik-titik kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan



Landasan

Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya. Tanda yang berkenaan landasan ialah:

  • Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
  • Titik kawalan dengan tanda bulatan.
  • Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.


Disclaimer : Blog ini tujuan untuk pendidikan sahaja. Jika terdapat info yang salah, sila nyatakan di bawah.


Comments